Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Asal bermula dengan hutan belantara dihujung Bandar Port Dickson didatangi oleh beberapa peneroka berasal dari tanah seberang Indonesia, Jawa Tengah Daerah Pachitan dan mereka ini telah berkampung di Kampung Arab dan berminat untuk membuka dan bercita – cita untuk dijadikan perkampungan di sekitar tahun 1908. Terdapat 8 orang anak muda yang bertanggungjawab meneroka kawasan tersebut, diantara 8 orang ini 4 orang yang dapat dikenal pasti nama-namanya dan mereka adalah :
1. Haji Salam Bin Abdullah
2. Sakimin Bin Johari
3. Sapari Bin Johari
4. Tayib Bin Marijo

Dan pada tahun 2008 ini peneroka asal yang masih ada keturunannya dan menetap di kampung ini adalah keluarga Haji Salam Abdullah, Tayib Marijo, Sairi, Mursidi, Isa Misngadi dan kini adalah keturunan generasi keempat.

Dengan alamnya yang semula jadi ciptaan Allah dan kita sebagai makhluknya menerima apa sahaja yang telah ditetapkan. Keadaan bentuk geografi kampung ini dibawah paras laut dan terdapat seluas 80% permukaan tanahnya adalah berpaya, maka dengan itulah wujudnya nama KAMPUNG PAYA.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019


PROGRAM TUPPERWARE BRANDS BERSAMA KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 03 Ogos 2019

Program ini dilaksanakan adalah untuk kongsikan informasi dan pendedahan kepada komuniti tentang kebaikan dan manfaat produk Tupperware Brands. Ia adalah selaras dengan kempen gaya hidup sihat yang ditekankan oleh Kerajaan. Disamping itu juga, program ini memberi panduan dalam aspek keusahawanan yang dapat membantu meningkatkan taraf hidup serta menjana pendapatan sampingan kepada komuniti....baca selanjutnya

QUIZIZZ QUIZ

Aktiviti Terkini | 31 Julai 2019

Pusat Internet Kg Paya telah menjalankan aktiviti santai yang berunsur ilmiah bersama ahli PI kg Paya (Top 10) untuk menyertai Kuiz ICT yang menggunakan aplikasi atas talian Quizizz. Program ini bagi mengimarahkan suasana kelas yang bakal menyusul, dan memberikan penghargaan kepada ahli yang sering memberikan kerjasama untuk kelas-kelas yang dijalankan....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI KOLEJ VOKASIONAL PORT DICKSON

Aktiviti Terkini | 18 Jun 2019

Program Advokasi yang bertemakan “Oversharing and Cyberbullies” dilaksanakan setelah pihak Kolej Vokasioanl menerima tawaran dari pihak pusat internet. Empat orang Petugas Internet terlibat dalam taklimat ini iaitu Pengurus PI Kg Paya, Pengurus PI Rantau dan Pengurus PI Pekan Lukut dan PI Kg Si Rusa. Seorang wakil dari Pejabat Penerangan PD turut serta dalam menjayakan taklimat ini. Murid- murid seramai 513 orang dan 2 orang guru menyertai taklimat ini. Program ini berjalan lancar sepanjang program yang mengandungi 5 slot dan diakhiri dengan pertukaran cenderahati oleh pihak sekolah dan pihak PI....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI TABIKA KEMAS BT. 2, PORT DICKSON

Aktiviti Terkini | 24 Mei 2019

Majlis penyampaian cenderahati kepada tenaga pengajar tambahan untuk tabika Kemas BT2 termasuk untuk tenaga pengajar PI Kg Paya dan selain itu, diselitkan juga penyampaian selama 10 minit KDB Bertajuk “Security Awareness”...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SK DATO’ MELANA

Aktiviti Terkini | 23 April 2019

Program ini menitikberatkan prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang....baca selanjutnya

MAJLIS PELANCARAN JOMSTUDI

Aktiviti Terkini | 08 Mac 2019

JomStudi merupakan hab pembelajaran digital yang menyediakan kandungan pendidikan berkualiti untuk ditawarkan kepada pelajar, terutamanya bagi mereka yang mendiami kawasan yang kurang mendapat perhatian. Majlis Pelancaran Jomstudi dirasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia YB Tuan Gobind Singh Deo berlangsung di Pusat Internet Kampung Kering, Labu, Negeri Sembilan. Rata-rata yang hadir sangat berbesar hati dan menyokong program hasil inisiatif yang diterajui oleh organisasi swasta iaitu Astro, Digi dan Media Prima dan disokong oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC). Antara yang turut hadir adalah Ketua Pegawai Eksekutif, Digi, Albern Murty dan wakil-wakil rakan strategik ‘JomStudi’; Astro, Media Prima, MDEC dan SKMM....baca selanjutnya

Program JomStudi

Aktiviti Terkini | 24 Februari 2019

Program JomStudi ini bertujuan untuk memberi pendidikan berkualiti secara digital kepada pelajar luar bandar khususnya penduduk di sekitar Kg.Paya...baca selanjutnya

Gotong-royong Mini

Aktiviti Terkini | 16 Februari 2019

Program gotong royong mini diadakan bagi memastikan persekitaran PI Kg. Paya sentiasa bersih, serta bagi mengekalkan suasana yang selesa dan kondusif...baca selanjutnya

MINI DIARI 2019

Aktiviti Terkini | 18 Januari 2019

Program Mini Diari 2019 ini menfokuskan pelajar dari kalangan ahli Pusat Internet Kg Paya untuk membuat Diari 2019 bagi permulaan tahun baru....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti