Aktiviti 1 Bulan November: Pertandingan Multimedia (Power Point)

November | 2015

Pada 22 November 2015 yang lalu, satu Pertandingan Multimedia telah diadakan. Pertandingan ini terbuka untuk semua yang berumur dalam lingkungan 11 tahun hingga 17 tahun.

Para peserta diberikan masa selama lima minit untuk membentangkan tajuk mereka dimana pilihan mereka sendiri. Poster mengenai pertandingan ini telah pun ditampal dua minggu sebelum tarikh pertandingan dan mereka bebas membentangkan tajuk apa yang mereka mahu. Berikut merupakan gamabar-gambar sepanjang pertandingan ini berlangsung.

Pemarkahan diberikan oleh juri jemputan iaitu Puan Norita binti Zainal Mohd Nor. Sedikit kata-kata semangat dan komen diberikan oleh juri jemputan kepada para peserta berkenaan tentang pembentangan mereka setelah selesai membuat persembahan.Video Klik Dengan Bijak yang bertajuk "Banteras Maklumat Palsu" disajikan kepada para peserta dan hadirin sementera juri mengira pemarkahan.

Juri jemputan sekali lagi diberi tugas untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang tempat pertama hingga ketiga dan juga saguhati. Tahniah kepada para pemenang. Cenderahati kepada juri jemputan juga diberikan atas tanda penghargaan bersama-sama menjayakan pertandingan ini.

Majlis bersurai dengan sesi fotografi.



kembali ke halaman utama