Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Ekonomi Digital yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Ekonomi Digital menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Ekonomi Digital, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Asal bermula dengan hutan belantara dihujung Bandar Port Dickson didatangi oleh beberapa peneroka berasal dari tanah seberang Indonesia, Jawa Tengah Daerah Pachitan dan mereka ini telah berkampung di Kampung Arab dan berminat untuk membuka dan bercita – cita untuk dijadikan perkampungan di sekitar tahun 1908. Terdapat 8 orang anak muda yang bertanggungjawab meneroka kawasan tersebut, diantara 8 orang ini 4 orang yang dapat dikenal pasti nama-namanya dan mereka adalah :
1. Haji Salam Bin Abdullah
2. Sakimin Bin Johari
3. Sapari Bin Johari
4. Tayib Bin Marijo

Dan pada tahun 2008 ini peneroka asal yang masih ada keturunannya dan menetap di kampung ini adalah keluarga Haji Salam Abdullah, Tayib Marijo, Sairi, Mursidi, Isa Misngadi dan kini adalah keturunan generasi keempat.

Dengan alamnya yang semula jadi ciptaan Allah dan kita sebagai makhluknya menerima apa sahaja yang telah ditetapkan. Keadaan bentuk geografi kampung ini dibawah paras laut dan terdapat seluas 80% permukaan tanahnya adalah berpaya, maka dengan itulah wujudnya nama KAMPUNG PAYA.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


TAKLIMAT MYFUTUREJOBS ANJURAN PEJABAT PERKESO NEGERI SEMBILAN

Aktiviti Terkini | 26 Ogos 2023

Taklimat mengenai pendaftaran dan kebolehpasaran portal MyFutureJobs...baca selanjutnya

TEMU DUGA TERBUKA PUSAT SATELIT MYFUTUREJOBS ANJURAN PEJABAT PERKESO NEGERI SEMBILAN

Aktiviti Terkini | 22 Ogos 2023

Program temuduga, pendaftaran dan kebolehpasaran portal MyFutureJobs...baca selanjutnya

PROGRAM FAST TRACK MICROSOFT OFFICE

Aktiviti Terkini | 6 Ogos 2023

Program ini dibuka atas permintaan, tujuan program ini diadakan bagi membantu para peserta mempelajari Microsoft Office secara pantas dan menekankan pada faktor yang penting,...baca selanjutnya

PROGRAM ASAS KEUSAHAWANAN : PEDI KG PAYA X FAMA NEGERI SEMBILAN

Aktiviti Terkini | 24 Julai 2023

Program Kerjasama antara FAMA Negeri Sembilan , KEMAS Lenggeng dan PEDi Kg paya serta PEDi Templer....baca selanjutnya

PROGRAM ASAS KEUSAHAWANAN : PEDI KG PAYA X KEMAS PORT DICKSON

Aktiviti Terkini | 13 Julai 2023

Program Kerjasama antara PEDi Kg Paya dan Pejabat Kemas Port Dickson Bahagian Literasi komputer dengan tajuk pembentangan Tiktok Affiliate - Rakan Digital PEDi Kg Paya dan Fotografi Telefon Pintar Produk bersama “Lightbox” - Pengurus PEDi Kg Paya...baca selanjutnya

PROGRAM CAKNA TEKNOLOGI : PEDI KG PAYA & PEDI RANTAU X BENGKEL SERI SEMBILAN

Aktiviti Terkini | 4 Julai 2023

Bengkel Seri Sembilan beroperasi sejak 1977, ia ditubuhkan bagi menyediakan peluang untuk golongan OKU mendapat latihan kemahiran bagi membolehkan mereka bekerja di Bengkel itu kemudiannya dan memperolehi pendapatan...baca selanjutnya

PROGRAM ASAS KEUSAHAWANAN : DEMO MEMBUAT SABUN ORGANIK (SESI 2)

Aktiviti Terkini | 17 Jun 2023

Program ini, memberi pendedahan tentang asas pembuatan kelas sabun menggunakan minyak terpakai dan kepentingan mengitar semula minyak terpakai...baca selanjutnya

PROGRAM ASAS KEUSAHAWANAN : MEMBUAT SABUN ORGANIK

Aktiviti Terkini | 5 MEI 2023

Program ini, Memberi pendedahan kepada asas pembuatan kelas sabun dan kepentingan mengitar semula minyak terpakai, tenaga pengajar terdiri daripada usahawan Rakan Digital PEDi Kg Paya sendiri, sekaligus membantu usahawan untuk menjana pendapatan melalui PEDi....baca selanjutnya

PROGRAM ASAS KEUSAHAWANAN : TIKTOK AFFILIATE

Aktiviti Terkini | 4 Mei 2023

TikTok Affiliate adalah program yang dibuat oleh TikTok sebagai strategi yang dapat menghubungkan kreator dan penjual (seller)...baca selanjutnya

PROGRAM PENGEDARAN SIM KAD PAKEJ REMAJA

Aktiviti Terkini | 12 April 2023

Program ini dijalankan bersama kesemua PEDI Negeri Sembilan yang dianjurkan oleh pihak MCMC serta pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.Seramai 141 pelajar terlibat dalam penerimaan simkad secara percuma...baca selanjutnya

PROGRAM CELIK IT ( SUNTINGAN VIDEO ) BERSAMA KELAB WARGA EMAS KLINIK KESIHATAN PORT DICKSON

Aktiviti Terkini | 9 Mac 2023

Wakil daripada Kelab Warga Emas Klinik Kesihatan Port Dickson telah menjemput petugas PEDi Kampung Paya dan PEDi Pekan Lukut untuk mengadakan program bersama ahli kelab tersebut...baca selanjutnya

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK (KLUSTER PORT DICKSON)

Aktiviti Terkini | 16 Februari 2023

Program Klik Dengan Bijak ini dijalankan bersama PEDI kluster Port Dickson (PEDI Kg Paya, PEDI Pekan Lukut, PEDI Linggi dan juga PEDI Si Rusa) di Kolej Vokasional Port Dickson...baca selanjutnya

PROGRAM USAHAWAN : SHOPEE DAN TIKTOKSHOP

Aktiviti Terkini | 4 Januari 2023

Program Anjuran RD Kg paya & RD Pekan Lukut dengan kerjasama dua buah PEDI program ini.terbuka kepada komuniti setempat dan berdekatan...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti