Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Asal bermula dengan hutan belantara dihujung Bandar Port Dickson didatangi oleh beberapa peneroka berasal dari tanah seberang Indonesia, Jawa Tengah Daerah Pachitan dan mereka ini telah berkampung di Kampung Arab dan berminat untuk membuka dan bercita – cita untuk dijadikan perkampungan di sekitar tahun 1908. Terdapat 8 orang anak muda yang bertanggungjawab meneroka kawasan tersebut, diantara 8 orang ini 4 orang yang dapat dikenal pasti nama-namanya dan mereka adalah :
1. Haji Salam Bin Abdullah
2. Sakimin Bin Johari
3. Sapari Bin Johari
4. Tayib Bin Marijo

Dan pada tahun 2008 ini peneroka asal yang masih ada keturunannya dan menetap di kampung ini adalah keluarga Haji Salam Abdullah, Tayib Marijo, Sairi, Mursidi, Isa Misngadi dan kini adalah keturunan generasi keempat.

Dengan alamnya yang semula jadi ciptaan Allah dan kita sebagai makhluknya menerima apa sahaja yang telah ditetapkan. Keadaan bentuk geografi kampung ini dibawah paras laut dan terdapat seluas 80% permukaan tanahnya adalah berpaya, maka dengan itulah wujudnya nama KAMPUNG PAYA.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


Pertandingan Multimedia (Power Point)

22 November 2015 | Aktiviti Terkini

Pada 22 November 2015 yang lalu, satu Pertandingan Multimedia telah diadakan. Pertandingan ini terbuka untuk semua...baca selanjutnya

Lawatan JKKK, Kg Paya

26 Oktober 2015 | Aktiviti Terkini

Lawatan ahli JKKK, Kg Paya ke Pusat Internet 1 Malaysia, Kg Paya pada 26 Oktober 2015 adalah satu langkah permulaan yang baik dari pihak PI1M, Kg Paya. Ucapan ribuan terima kasih...baca selanjutnya

Pertandingan Mewarna Bersama Murid Tadika Kemas, Kg Paya

15 Oktober 2015 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Oktober 2015, satu pertandingan telah diadakan dengan kerjasama oleh pihak Tadika Kemas, Kg Paya. Pertandingan ini...baca selanjutnya

Pertandingan Nyanyian Teladan

27 September 2015 | Aktiviti Terkini

Pada 27 September 2015, satu pertandingan telah diadakan. Sepanjang tempoh pemerhatian pihak PI1M, Kg Paya, kami mendapati pengguna- pengguna PI1M...baca selanjutnya

Pertandingan Mencipta Kostum Pahlawan Millennium

5 September 2015 | Aktiviti Terkini

Pada 5 September 2015, satu pertandingan telah diadakan. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mengasah bakat peserta dalam bidang rekaan...baca selanjutnya

Pertandingan Melukis Logo Sempena Hari Kebangsaan 2015

29 Ogos 2015 | Aktiviti Terkini

Sempena Menyambut Bulan Kemerdekaan yang ke-58, pihak Pi1M, Kg Paya telah mengadakan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan PERCUMA !!

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Orang Ramai Boleh Menghubungi PI1M Berdekatan Bagi Mendapatkan Maklumat Lanjut Dan Urusan Pendaftaran Latihan. baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti