Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Asal bermula dengan hutan belantara dihujung Bandar Port Dickson didatangi oleh beberapa peneroka berasal dari tanah seberang Indonesia, Jawa Tengah Daerah Pachitan dan mereka ini telah berkampung di Kampung Arab dan berminat untuk membuka dan bercita – cita untuk dijadikan perkampungan di sekitar tahun 1908. Terdapat 8 orang anak muda yang bertanggungjawab meneroka kawasan tersebut, diantara 8 orang ini 4 orang yang dapat dikenal pasti nama-namanya dan mereka adalah :
1. Haji Salam Bin Abdullah
2. Sakimin Bin Johari
3. Sapari Bin Johari
4. Tayib Bin Marijo
Dan pada tahun 2008 ini peneroka asal yang masih ada keturunannya dan menetap di kampung ini adalah keluarga Haji Salam Abdullah, Tayib Marijo, Sairi, Mursidi, Isa Misngadi dan kini adalah keturunan generasi keempat.
Dengan alamnya yang semula jadi ciptaan Allah dan kita sebagai makhluknya menerima apa sahaja yang telah ditetapkan. Keadaan bentuk geografi kampung ini dibawah paras laut dan terdapat seluas 80% permukaan tanahnya adalah berpaya, maka dengan itulah wujudnya nama KAMPUNG PAYA.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023Hari Bersama TOP 30 Ahli PI1M
Aktiviti Terkini | 24 Disember 2016Program ini adalah bertujuan untuk melahirkan rasa terima kasih kepada ahli PI1M yang selalu memberi sokongan, serta meningkatkan kepercayaan penduduk setempat kepada PI1M kg paya... baca selanjutnya
Program Advokasi KDB (Klik Dengan Bijak)
Aktiviti Terkini | 07 November 2016Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan mengenai kesedaran Klik Dengan Bijak (KDB) iaitu tentang “Maklumat Palsu” di kalangan pelajar sekolah... baca selanjutnya
PERTANDINGAN MENCIPTA & MEREKOD CARA MUDAH MEMBUAT “KOLAM”
Aktiviti Terkini | 30 Oktober 2016Program merekod cara membuat kolam ini adalah bagi memupuk semangat perkauman sesame ahli PI1M kg paya. Selain meraikan hari deepavali, pertandingan ini turut menyelitkan pembelajaran teknik merekod video secara asas... baca selanjutnya
Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak
Aktiviti Terkini | September - November 2016
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.
Pertandingan : Video Kreatif Kesihatan Remaja 2016
Aktiviti Terkini | Ogos - September 2016Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.
INFO BESTARI & SAMBUTAN HARI MALAYSIA
17 September 2016 | Aktiviti TerkiniProgram Hari Terbuka ini merupakan satu usaha yang dibina bagi memupuk hubungan silaturahim serta hebahan ilmu bersama penduduk kg paya bersama dengan Jkkk kg paya, kospen kg paya, krt kg paya, pi1m kg paya,Ngo port dickson. Program ini merupakan peorgam pertama yang disertai PI1M kg Paya bersama semua jawatankuasa sekitar Kg Paya... baca selanjutnya
Hari Terbuka PI1M Kampung Paya
7 Ogos 2016 | Aktiviti TerkiniProgram Hari Terbuka ini merupakan satu usaha yang dibina bagi memupuk hubungan silaturahim, berkongsi ilmu, menjana minda celik IT serta mewujudkan peluang keusahawan bersama penduduk setempat di sekitar Pusat Internet 1Malaysia (PI1M)... Baca Selanjutnya
Gotong-Royong Mini Bersama Ahli PI1M
30 Julai 2016 | Aktiviti TerkiniProgram gotong-royong ini diadakan bagi membersihkan kawasan persekitaran Pi1M, Bagi mengekalkan susasana yang selesa dan kondusif. Bagi keselesaan warga PI1M, serta persediaan awal sebelum hari terbuka dijalankan... baca selanjutnya
PERTANDINGAN KAD RAYA GRAFIK
19 - 30 Jun 2016 | Aktiviti TerkiniPertandingan Kad Raya Digital bermaksud peserta perlu menghantar kad raya menggunakan sebarang aplikasi penyuntingan yang ada, tetapi hendaklah menggunakan format JPEG dan dihantar ke page Facebook PI1M Kg. Paya... baca selanjutnya
PROGRAM BERSAMA PENDUDUK KG PAYA YANG BERUMUR 60 TAHUN KEATAS
31 Januari 2016 | Aktiviti TerkiniProgram ini adalah anjuran Pusat Internet 1 Malaysia Kg Paya dengan usahasama penduduk Kg Paya. Memberi peluang kepada penduduk Kg Paya berumur 60 tahun keatas untuk merasai suasana di dalam Pusat Internet. Merapatkan lagi jurang diantara pihak Pusat Internet dan juga penduduk Kg Paya... baca selanjutnya