Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Ekonomi Digital yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Ekonomi Digital menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Ekonomi Digital, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Asal bermula dengan hutan belantara dihujung Bandar Port Dickson didatangi oleh beberapa peneroka berasal dari tanah seberang Indonesia, Jawa Tengah Daerah Pachitan dan mereka ini telah berkampung di Kampung Arab dan berminat untuk membuka dan bercita – cita untuk dijadikan perkampungan di sekitar tahun 1908. Terdapat 8 orang anak muda yang bertanggungjawab meneroka kawasan tersebut, diantara 8 orang ini 4 orang yang dapat dikenal pasti nama-namanya dan mereka adalah :
1. Haji Salam Bin Abdullah
2. Sakimin Bin Johari
3. Sapari Bin Johari
4. Tayib Bin Marijo

Dan pada tahun 2008 ini peneroka asal yang masih ada keturunannya dan menetap di kampung ini adalah keluarga Haji Salam Abdullah, Tayib Marijo, Sairi, Mursidi, Isa Misngadi dan kini adalah keturunan generasi keempat.

Dengan alamnya yang semula jadi ciptaan Allah dan kita sebagai makhluknya menerima apa sahaja yang telah ditetapkan. Keadaan bentuk geografi kampung ini dibawah paras laut dan terdapat seluas 80% permukaan tanahnya adalah berpaya, maka dengan itulah wujudnya nama KAMPUNG PAYA.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


KEM SUPER ICT ANJURAN PEDI KG PAYA & PEDI PEKAN LUKUT

Aktiviti Terkini | 14-16 Disember 2022

Kem Super ICT ini telah dirancang untuk membantu pelajar sekolah memanfaatkan cuti sekolah dengan aktiviti-aktiviti yang menarik....baca selanjutnya

KUIZ ATAS TALIAN: “ADAKAH ANDA PENGGUNA TEKNOLOGI YANG BERTANGGUNGJAWAB?” ANJURAN PEDI KG PAYA & PEDI PEKAN LUKUT

Aktiviti Terkini | 20-27 November 2022

Kecanggihan teknologi masa kini telah memberi banyak kemudahan komunikasi kepada seluruh masyarakat di dunia. Ianya amat mudah, hanya perlu menggunakan telefon, laman media sosial, Skype, Yahoo Messenger, Email dan sebagainya. Penyaluran maklumat dapat disalurkan dengan pantas ke seluruh dunia. Jika dahulu, suratkhabar, telefon dan televisyen merupakan antara media massa yang paling penting dalam menyalurkan maklumat. Kini dengan perkembagan teknologi dalam komunikasi telah mempelbagaikan saluran untuk menyampaikan maklumat dan ianya juga lebih pantas. Kemudahan komukasi ini banyak membantu kita untuk berhubungan dengan masyarakat di seluruh pelusuk dunia di samping memudahkan kaum keluarga untuk berhubung sesama mereka....baca selanjutnya

PROGRAM USAHAWAN DIGITAL ANJURAN PEDI KG PAYA & PEDI PEKAN LUKUT DENGAN KERJASAMA MARA PORT DICKSON

Aktiviti Terkini | 27 Oktober 2022

PEDi Kg Paya dan Pekan Lukut telah menjalankan program bersama pihak MARA sebelum ini. Program ini telah terhenti seketika ketika pandemik Covid-19 dan keadaan semasa. Setelah perbincangan secara maya,pihak MARA Port Dickson telah bersetuju untuk bekerjasama sekali lagi dalam pelaksanaan latihan Usahawan kepada usahawan MARA melalui PEDi Kg Paya dan Pekan lukut. Kelas ini turut dibuka kepada komuniti terdekat jika ada kekosongan...baca selanjutnya

PROGRAM MIV: MENDIDIKAN ANAK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 16 September 2022

Kanak-kanak diberi pendedahan awal tentang keburukan jika terlalu bergantung dengan gadget. Ini adalah kerana kanak-kanak zaman sekarang terlalu banyak menghabiskan masa dengan gadget daripada berkomunikasi dengankeluarga mereka. Selain itu juga, ibu bapa didedahkan dengan keburukan jika memniarkan anak-anak terlalu lama dengan telefon pintar....baca selanjutnya

PROGRAM KEUSAHAWANAN: KELAS ASAS MEROTI BERSAMA USAHAWAN DAN KOMUNITI SETEMPAT

Aktiviti Terkini | 26 Ogos 2022

Para peserta diberi penerangan asas meroti dan teknik membuat roti yang lembut dan sedap...baca selanjutnya

LIVE FACEBOOK (10 CARA MENGENALI SCAMMER)

Aktiviti Terkini | 1 Julai 2022

Live facebook ini berlangsung untuk memberi tips untuk mengenali modus operandi scammer. Di mana, isu penipuan kewangan semakin hari semkain serius. Bagi mengekang masalah yang semakin rumit ini, kami mengambil anasiatif untuk memberi sedikit sebanyak maklumat ataupun informasi berkenaan dengan aktiviti scammer dan bagaimana kita hendak mengenal pasti scammer...baca selanjutnya

LIVE FACEBOOK (TIPS MEMBELI BELAH ATAS TALIAN)

Aktiviti Terkini | 18 Jun 2022

Live facebook ini berlangsung unutk memberi kesedaran tentang kepentingan menjaga maklumat agar tidak ditipu. Selain itu, masyarakat diberi tips agar tidak menjadi mangsa penipuan yang semakin hari semakin runcing terutamanya di kalangan warga emas. Ini di mana, warga emas adalah golongan yang mudah menjadi target serta mudah mempercayai dengan apa yang dilihat....baca selanjutnya

LIVE : PISHING DAN JENIS-JENISNYA

Aktiviti Terkini | 18 Mei 2022

PEDi Kg Paya menjalankan live berkaitan Phising Di Malaysia, sebahagian besar serangan phishing dikesan mensasarkan kepada pengguna perbankan internet dan muslihat mereka adalah untuk mendapatkan maklumat kewangan mangsa....baca selanjutnya

PROGRAM AYUH MEMBACA

Aktiviti Terkini | 1-30 April 2022

Program “Ayuh Membaca” adalah menjemput penduduk mengamalkan amalan membaca tidak kira peringkat umur oleh kerana amalan membaca kini dipandang sepi kerana setiap golongan dilihat lebih memilih untuk menghabiskan masa terluang dengan media social berbanding membaca buku...baca selanjutnya

LIVE : PERANCANGAN STRATEGIK ORGANISASI/PERNIAGAAN

Aktiviti Terkini | 13 Mac 2022

PEDi Kg Paya menjalankan live berkaitan perniagaan khusus untuk rujukan para perniaga. Live pada bulan ini adalah Pelan Strategik Organisasi/Perniagaa sambungan daripada bulan lepas : Racancangan Perniagaan (RP)....baca selanjutnya

MICROSOFT TEAM LITERACY

Aktiviti Terkini | 12 Februari 2022

Setelah dikaji sepanjang musim pandemik ini, semakin banyak pertemuan/perbincangan dijalanakan secara atas talian. Jadi PEDI KG PAYA terpanggil untuk menjalankan program berkaitan dengan pendedahan tentang cara penggunaan Microsoft Team bagi memudahkan mereka yang bekerja menjalankan mesyuarat/perbincangan secara atas talian sahaja....baca selanjutnya

PINJAMAN BUKU BERKELOMPOK- PERPUSTAKAAN AWAM PORT DICKSON

Aktiviti Terkini | 22 Januari 2022

PEDi Kg Paya telah pun mempunyai ruangan buku bacaan untuk pengguna PEDi Kg paya. Untuk menjadikan ruangan tersebut lebih penuh dan aktif PEDi Kg Paya telah membuat pinjaman buku berkelompok bagi mewujudkan bahan bacaan yang pelbagai variasi. Pinjaman buku berdurasi 3 bulan dan boleh diteruskan atau pertukaran buku. Pengunjung PEDi juga boleh menjadi ahli perpustakaan percuma....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti