PROGRAM KEUSAHAWANAN: KELAS ASAS MEROTI BERSAMA USAHAWAN DAN KOMUNITI SETEMPAT
Aktiviti terkini |26 Ogos 2022Tempat Aktiviti:
PEDi KG PAYA
Ringkasan Aktiviti:
• Para peserta diberi penerangan asas meroti dan teknik membuat roti yang lembut dan sedap
• Para peserta juga diberikan tunjuk ajar secara praktikal oleh oleh tenaga pengajar dalam kelas asas meroti ini
• Para peserta telah berjaya membuat burger mini roti seperti yang dikehendaki
Tujuan Aktiviti :
• Memberi tunjuk ajar kepada para peserta membuat roti
• Menjalankan hubungan baik bersama tenaga pengajar
• Memberikan taklimat dan penerangan kepada para peserta
• Menjalankan aktiviti demo produk kesihatan
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program ini dijalankan selama 3 jam dengan usahawan. Tenaga pengajar memberi penerangan asas meroti kepada para peserta usahawan yang menyertai.
• Para peserta diberikan tunjuk ajar secara praktikal oleh tenaga pengajar untuk membuat pelbagai jenis roti.
Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Kelas berkenaan pembelajaran asas meroti yang diajar kepada Usahawan dan juga ahli PEDi Kg Paya.
• Para peserta telah berjaya menyediakan roti seperti yang dikehendaki secara praktikal
Nama VIP:
• Rashidah binti Asman (Tenaga pengajar)
• Norhaslina binti Jalal (Tenaga pengajar)
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :