KUIZ ATAS TALIAN: “ADAKAH ANDA PENGGUNA TEKNOLOGI YANG BERTANGGUNGJAWAB?” ANJURAN PEDI KG PAYA & PEDI PEKAN LUKUT

Aktiviti terkini |20-27 November 2022

Tempat Aktiviti:
Atas talian.

Ringkasan Aktiviti:
• Kecanggihan teknologi masa kini telah memberi banyak kemudahan komunikasi kepada seluruh masyarakat di dunia.
• Ianya amat mudah, hanya perlu menggunakan telefon, laman media sosial, Skype, Yahoo Messenger, Email dan sebagainya.
• Penyaluran maklumat dapat disalurkan dengan pantas ke seluruh dunia.
• Jika dahulu, suratkhabar, telefon dan televisyen merupakan antara media massa yang paling penting dalam menyalurkan maklumat.
• Kini dengan perkembagan teknologi dalam komunikasi telah mempelbagaikan saluran untuk menyampaikan maklumat dan ianya juga lebih pantas.
• Kemudahan komukasi ini banyak membantu kita untuk berhubungan dengan masyarakat di seluruh pelusuk dunia di samping memudahkan kaum keluarga untuk berhubung sesama mereka.

Tujuan Aktiviti :
• Memberikan pendedahan tentang kebaikan dan keburukan teknologi
• Memberikan idea untuk kemudahan teknologi
• Mempromosi aktiviti PEDi kepada komuniti.
• Melihat sejauh mana tanggungjawab masyarakat terhadap tekonologi kini.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Kuiz atas talian ini dijalankan atas talian. Di mana secara tidak langsung dapat meningkatkan kesedaran tentang cara penggunaan teknologi dengan baik.
• Ianya terbuka kepada semua peringkat umur dan mestilah melalui link /barkod yang diberikan sahaja.
• Pemenang dipilih berdasarkan markah tertinggi dan terpantas dan akan dihubungi melalui no telefon yang didaftarkan.
• Pertandingan bermula pada 20 November 2022 dan tamat pada 27 November 2022 jam 12.00 Malam.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Program secara tidak langsung dapat mengukur sejauh mana kesedaran masyarakat tentang penggunaan teknologi dengan baik.
• Sebagai contoh apa peranan ibubapa terhadap isu anak-anak yang malayari internet tanpa pengawasan dan sebagainya.

Nama VIP:


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :