KEM SUPER ICT ANJURAN PEDI KG PAYA & PEDI PEKAN LUKUT

Aktiviti terkini |14-16 Disember 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi KG PAYA

Ringkasan Aktiviti:
• Kem Super ICT ini telah dirancang untuk membantu pelajar sekolah memanfaatkan cuti sekolah dengan aktiviti-aktiviti yang menarik.
• Fokus utama program ini ialah untuk mengajar peserta mengenai Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), seperti pengetahuan asas aplikasi Microsoft, Canva, Klik Dengan Bijak, dan lain-lain.
• Konsep pembelajaran yang akan digunakan adalah santai dan menyeronokkan. Keselesaan peserta akan terjamin dengan persekitaran kondusif, ruang berhawa dingin, serta kawalan CCTV untuk memastikan keselamatan semua pihak terlibat terjaga.
• Petugas PEDi Kampung Paya dan PEDi Pekan Lukut akan mengatur aktiviti dan menggunakan pengalaman yang sedia ada bagi memastikan setiap peserta akan mendapat pengetahuan baru sambil berseronok.

Tujuan Aktiviti :
• Menggalakkan penggunaan waktu cuti sekolah dengan aktiviti yang berfaedah
• Membantu peserta mendapatkan ilmu ICT dengan bayaran yang minima
• Meningkatkan pengetahuan penduduk setempat mengenai Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Yuran sebanyak RM 25.00 Sahaja
• Lokasi di PEDi Pekan Lukut/PEDi Kg Paya
• Tarikh 14-16 Disember 2022
• Waktu 9.30 Pagi – 4.30 Petang
• Terhad kepada 10 orang sahaja
• Mestilah berumur antara 7- 15 tahun sahaja
• Bawa telekung sendiri, sejadah disediakan
• Peserta akan menerima E-Sijil
• Hadiah Saguhati untuk setiap permainan selingan yang dijalankan
• Pastikan Peserta sudah bersarapan di rumah.
• Makanan tengah hari boleh dibawa bekal/ hantar makanan/ minta bantuan dari staff
• Minum petang ringkas disediakan
• Sebarang perubahan atau perbincangan boleh diajukan kepada Staff PEDi

Kebaikan / Kelebihan aktiviti:


Nama VIP:


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :