PROGRAM AYUH MEMBACA

Aktiviti terkini |1-30 April 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi Kg Paya

Ringkasan Aktiviti:
• Program “Ayuh Membaca” adalah menjemput penduduk mengamalkan amalan membaca tidak kira peringkat umur oleh kerana amalan membaca kini dipandang sepi kerana setiap golongan dilihat lebih memilih untuk menghabiskan masa terluang dengan media social berbanding membaca buku.

Tujuan Aktiviti :
• Program ini dijalankan khusus bagi mengisi masa lapang masyarakat ketika bulan Ramadan.
• Dengan berbekalkan sudut bacaan PEDI yang lengkap di mana kami meminjam buku daripada perpustakaan awam Port Dickson jadi mengambil kesempatan untuk menjemput penduduk sekeliling untuk datang dan menikmati kemudahan yang kami sediakan iaitu buku-buku termasuklah buku berbentuk ilmiah yang sesuai untuk pelbagai peringkat umur.
• Selain itu, program ini dijalankan secara tidak langsung mempromosi fungsi PEDI secara meluruh kepada penduduk dalam dan juga luar Kg Paya.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Aktiviti dijalankan secara bersemuka di PEDI KG PAYA sepanjang bulan Ramadan.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Memberi peluang kepada masyarakat untuk menambah ilmu pengetahuan dan mengisi masa lapang yang terluang sepanjang bulan Ramadan sekaligus menambah lagi kegunaan/fungsi dan info berkenaan PEDI kepada masyarakat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :