PROGRAM USAHAWAN DIGITAL ANJURAN PEDI KG PAYA & PEDI PEKAN LUKUT DENGAN KERJASAMA MARA PORT DICKSON

Aktiviti terkini |27 Oktober 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg Paya, Port Dickson

Ringkasan Aktiviti:
• PEDi Kg Paya dan Pekan Lukut telah menjalankan program bersama pihak MARA sebelum ini.
• Program ini telah terhenti seketika ketika pandemik Covid-19 dan keadaan semasa.
• Setelah perbincangan secara maya,pihak MARA Port Dickson telah bersetuju untuk bekerjasama sekali lagi dalam pelaksanaan latihan Usahawan kepada usahawan MARA melalui PEDi Kg Paya dan Pekan lukut. Kelas ini turut dibuka kepada komuniti terdekat jika ada kekosongan.
• Pencapaian awal, kami bersetuju untuk fokus kepada Shopee Shop dan juga Tik Tok Shop yang mana menjadi tarikan terkini dalam arus e-dagang di Malaysia.
• Ia mengambil kira keperluan komuniti setempat dari segi perhubungan, pembelajaran, perniagaan, dan juga pentadbiran.
• Program ini diharapkan dapat meningkatkan taraf sosio ekonomi setempat dan secara tidak langsung dapat merapatkan jurang digital antara komuniti bandar dengan luar bandar.

Tujuan Aktiviti :
• Memberikan pendedahan terhadap pendapatan e-dagang.
• Memberikan idea untuk kemudahan teknologi sebagai usahawan
• Meningkatkan taraf ekonomi secara atas talian.
• Mempromosi aktiviti PEDi kepada komuniti.
• Melibatkan diri bersama agensi-agensi terkemuka.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Untuk makluman program ini adalah secara berlanjutan dan dicadangkan untuk berlangsung 3-4 bulan sekali dalam setahun.
• Tetapi peserta yang berdaftar bebas untuk bertanyakan sebarang masalah kepada PEDi pada bila-bila masa.
• PEDi yang terlibat telah menyediakan silibus pengajaran bagi kesesuaian usahawan.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Program begini mewujudkan satu perspektif yang lebih baik dari kalangan komuniti terhadap PEDi dan mewujudkan organisasi yang mampu memberikan pendapatan melalui e-dagang sesuai dengan arus perdana.

Nama VIP:
• Encik Mohd Taufiq bin Zabidi – Pembantu Pengarah, Pejabat SKMM Negeri Sembilan Bahagian Transformasi dan Penyelarasan Negeri.
• Encik Ahmad Kamel – Pegawai MARA daerah Port Dickson

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :