Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Asal bermula dengan hutan belantara dihujung Bandar Port Dickson didatangi oleh beberapa peneroka berasal dari tanah seberang Indonesia, Jawa Tengah Daerah Pachitan dan mereka ini telah berkampung di Kampung Arab dan berminat untuk membuka dan bercita – cita untuk dijadikan perkampungan di sekitar tahun 1908. Terdapat 8 orang anak muda yang bertanggungjawab meneroka kawasan tersebut, diantara 8 orang ini 4 orang yang dapat dikenal pasti nama-namanya dan mereka adalah :
1. Haji Salam Bin Abdullah
2. Sakimin Bin Johari
3. Sapari Bin Johari
4. Tayib Bin Marijo
Dan pada tahun 2008 ini peneroka asal yang masih ada keturunannya dan menetap di kampung ini adalah keluarga Haji Salam Abdullah, Tayib Marijo, Sairi, Mursidi, Isa Misngadi dan kini adalah keturunan generasi keempat.
Dengan alamnya yang semula jadi ciptaan Allah dan kita sebagai makhluknya menerima apa sahaja yang telah ditetapkan. Keadaan bentuk geografi kampung ini dibawah paras laut dan terdapat seluas 80% permukaan tanahnya adalah berpaya, maka dengan itulah wujudnya nama KAMPUNG PAYA.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023LIVE PENGENALAN TRANSFORMASI PEDI KG PAYA-PUSAT EKONOMI DIGITAL
Aktiviti Terkini | 16 Disember 2021Untuk makluman, Pusat Internet Komuniti (PIK) kini ditransformasi menjadi Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) dengan tujuan mengukuhkan ekonomi digital setempat bagi semua lapisan masyarakat...baca selanjutnya
SLOT KDB BERSAMA PELAJAR ASASI KEJURUTERAAN UNIKL ( SEMINAR BAHASA INGGERIS)
Aktiviti Terkini | 5 November 2021Madam Intan merupakan Pensyarah di UNIKL dan juga pengguna Pusat Internet Komuniti Kg Paya bermula tahun 2020. Beliau berminat dengan topik KDB yang pernah dijalankan sebelum ini, dan meminta untuk menjalankan slot KDB secara atas talian kepada pelajar Asasi kejuruteraan Kelas Bahasa Inggeris. Menjalankan Slot KDB- Tak Pasti Jangan Kongsi bersama dengan Pelajar Asasi Kejuruteraan- Seminar Bahasa Inggeris ( Madam Intan) selama 1 jam. Kelas ini disertai 25 orang pelajar....baca selanjutnya
PERNIAGAAN DI SHOPEE (LOGISTIK & PEMENUHAN BAHAGIAN 2)
Aktiviti Terkini | 23 Oktober 2021Menjalankan Live atas talian di Facebook dengan kerjasama 3 buah PIK : PIK Kg Paya, PIK Kg Kering, PIK Seri Pajam berkenaan bagaimana cara untuk menggunakan perkhidmatan logistic dengan lebih efisien di Shopee yang bertajuk LOGISTIK & PEMENUHAN....baca selanjutnya
SHOPEE LIVE BAB 6 BAHAGIAN 3 : “ SHOPEE GUARANTEE”
Aktiviti Terkini | 24 September 2021Pengisian ini diadakan melalui Facebook Page Pusat Internet Komuniti Kg paya melalui sesi Live.. Pengisian ini memberi sedikit perkongsian kepada pengikut – pengikut Page Pusat Internet Komuniti Kg paya mengenai :Jaminan Shopee. Program ini melibatkan keseluruhan komuniti sekitar khususnya di Negeri Sembilan. Live ini turut dikongsi bersama Pusat internet komuniti yang lain....baca selanjutnya
PERNIAGAAN DI SHOPEE (SUSUN PENGHANTARAN)
Aktiviti Terkini | 13 Ogos 2021Menjalankan Live atas talian di Facebook dengan kerjasama 3 buah PIK : PIK Kg Paya, PIK Kg Kering, PIK Seri Pajam berkenaan bagaimana cara untuk mula berniaga di Shopee yang bertajuk Susun Penghantaran...baca selanjutnya
PERNIAGAAN DI SHOPEE
Aktiviti Terkini | 10,11,17,24 & 25 Julai 2021Menjalankan Live atas talian di Facebook dengan kerjasama 3 buah PIK : PIK Kg Paya, PIK Kg Kering, PIK Seri Pajam berkenaan bagaimana cara untuk mula berniaga di Shopee ...baca selanjutnya
PERLINDUNGAN KANAK-KANAK DALAM TALIAN (COP)
Aktiviti Terkini | 18 Jun 2021Menjalankan program kesedaran akan kepentingan perlidungan kanak-kanak kepada masyarakat khususnya dikalangan ibu bapa. Ini adalah memberi input informasi tentang kepentingan melindungi kanak-kanak agar tidak menjadi mangsa dalam talian....baca selanjutnya
JEMPUTAN KE PROGRAM BUBUR LAMBUK / PEMBAHAGIAN DUIT RAYA DAN CENDERAHATI KEPADA STAFF PIK
Aktiviti Terkini | 7 Mei 2021Menjalankan aktiviti kemasyarakatan bersama komuniti melaui program kacau bubur lambuk dan pembahagian duit raya kepada pelajar serta penyampain cenderahati kepada staff PIK selaku guru ICT....baca selanjutnya
PERTANDINGAN MENCIPTA BUKU SKRAP (VIDEO TIME-LAPSE) BERTEMA BUKU DAN MEMBACA SEMPENA HARI BUKU DAN HAK CIPTA SEDUNIA 2021
Aktiviti Terkini | 22- 28 April 2021Mengajar cara penggunaan atau tutorial kepada staff Perpustakan Port Dickson untuk membuat video ringkas menggunakan aplikasi TikTok serta memberi pendedahan tentang kepentingan membaca kepada masyarakat....baca selanjutnya
PROGRAM CSR : BANTUAN MENGISI BORANG PENDAFTARAN DARJAH 1 (ONLINE)
Aktiviti Terkini | 19 Mac 2021Memberi bantuan dalan mengisi borang pendaftran darjah 1 secara online....baca selanjutnya
PERTANDINGAN MEWARNA ATAS TALIAN
Aktiviti Terkini | 21 - 27 Februari 2021Memberi peluang pelajar yang mempunyai daya creativity tinggi menunjukkan bakat mereka dalam mewarna....baca selanjutnya
VIDEO ICT & LIVE
Aktiviti Terkini | 4,9,13,15,21,24,30 Januari 2021Memberikan latihan ICT dalam bentuk video dan sesi LIVE bersama usahawan dan agensi luar juga tutorial...baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya