Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Asal bermula dengan hutan belantara dihujung Bandar Port Dickson didatangi oleh beberapa peneroka berasal dari tanah seberang Indonesia, Jawa Tengah Daerah Pachitan dan mereka ini telah berkampung di Kampung Arab dan berminat untuk membuka dan bercita – cita untuk dijadikan perkampungan di sekitar tahun 1908. Terdapat 8 orang anak muda yang bertanggungjawab meneroka kawasan tersebut, diantara 8 orang ini 4 orang yang dapat dikenal pasti nama-namanya dan mereka adalah :
1. Haji Salam Bin Abdullah
2. Sakimin Bin Johari
3. Sapari Bin Johari
4. Tayib Bin Marijo
Dan pada tahun 2008 ini peneroka asal yang masih ada keturunannya dan menetap di kampung ini adalah keluarga Haji Salam Abdullah, Tayib Marijo, Sairi, Mursidi, Isa Misngadi dan kini adalah keturunan generasi keempat.
Dengan alamnya yang semula jadi ciptaan Allah dan kita sebagai makhluknya menerima apa sahaja yang telah ditetapkan. Keadaan bentuk geografi kampung ini dibawah paras laut dan terdapat seluas 80% permukaan tanahnya adalah berpaya, maka dengan itulah wujudnya nama KAMPUNG PAYA.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023HARI BERSAMA KOMUNITI
Aktiviti Terkini | 27 Disember 2018Program Hari Bersama Komuniti ini dijalankan bersama-sama dengan Tadika Kemas Batu 2, Port Dickson. Program ini merupakan satu usaha yang dibina bagi memupuk hubungan silaturahim, berkongsi ilmu, menjana minda celik IT serta mewujudkan peluang keusahawan bersama penduduk setempat di sekitar Pusat Internet. Ia juga mengambil kira keperluan komuniti setempat dari segi perhubungan, pembelajaran, perniagaan, dan juga pentadbiran....baca selanjutnya
DIGI ACADEMY : DIGI MAKER CAMP 2.0 & GRADUATION DAY
Aktiviti Terkini | 25 - 29 November 2018Program ini diadakan di Arus Academy, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Seramai 20 orang petugas Pusat Internet terpilih dan 20 orang pelajar terpilih yang telah menjalani latihan selama 4 bulan telah menyertai Digi Maker Camp 2.0 ini...baca selanjutnya
KAMI GENERASI PINTAR TEKNOLOGI
Aktiviti Terkini | 16 November 2018Aktiviti ini memberikan peluang dan mengenali perkakas komputer dan cara menggunakan komputer secara asas serta pertandingan mewarna secara atas talian....baca selanjutnya
Jom Sertai Digi Academy: Digital Literacy Programme
Berita Terkini | Ogos - November 2018Kepada peserta yang berminat untuk menyertai bengkel ini, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus Pusat Internet yang terpilih.
GOTONG-ROYONG MINI PUSAT INTERNET KG PAYA
Aktiviti Terkini | 31 Oktober 2018Program gotong-royong ini diadakan bagi membersihkan kawasan persekitaran PI bagi mengekalkan susasana yang selesa dan kondusif. Bagi keselesaan warga PI, bersama-sama dengan beberpa orang ahli PI yang komited untuk memberi kerjaama....baca selanjutnya
PROGRAM KOMUNITI & ROADSHOW VIVO Y53 + FREE SIMPACK DIGI BERSAMA TABIKA KEMAS KG GENTAM
Aktiviti Terkini | 29 September 2018Program Roadshow ini bertujuan menjual phone vivo melalui promosi harga rendah & percuma pakej internet yang berbaloi selain melakukan pelbagai aktiviti/program sekeluarga dapat mengeratkan hubungan antara penduduk / komuniti Kg Gentam dan warga Pusat Internet Kg Gentam....baca selanjutnya
PERTANDINGAN MEWARNA BENDERA JALUR GEMILANG
Aktiviti Terkini | 29 Ogos 2018Satu aktiviti santai dengan pelajar-pelajar di Tabika Kemas Kg. Paya untuk menzahirkan kreativiti mereka sempena bulan kemerdekaan....baca selanjutnya
'DIGI ACADEMY TRIAL (LED W LDR)'
Aktiviti Terkini | 29 Julai 2018Kelas percubaan untuk Program DIGI Academy yang bakal berlangsung pada bulan 8. Kelas ini adalah secara percuma untuk memberikan pendedahan mengenai program ini....baca selanjutnya
PERTANDINGAN KHAT KHUFI
Aktiviti Terkini | 30 Jun 2018Satu aktiviti santai bersama ahli pusat internet untuk menzahirkan kreativiti mereka sempena bulan raya.Selain itu, turut menunjukkan kelebihan Microsoft excel dari sudut lain....baca selanjutnya
TIPS KE UNIVERSITI & SLOT KDB
Aktiviti Terkini | 26 Mei 2018Pihak Kolej Vision Kuala Lumpur mengadakan sesi temuduga jika ada pelajar yang ingin ke kolej tersebut. Di kesempatan ini, Pusat Internet Kg Paya turut bekerjasama dan mengambil 2 sesi iaitu sesi penerangan langkah pertama untuk ke alam kolej/universiti & slot KDB (Bahaya Terlebih Kongsi)....baca selanjutnya
PROGRAM BINA KERJAYA
Aktiviti Terkini | 01 April 2018Program anjuran Majlia Belia Daerah Port Dickson & Pusat Internet 1Malaysia Kluster Port Dickson. Kecemerlangan dalam kerjaya dan dunia meterialistik sering menjadi idaman dan perhatian semua orang dewasa ini. Namun demikian dalam mengejar kecemerlangan , para belia sering kali terlupa bahawa aspek asas dalam kemahiran menulis resume dan etika hadir ke temuduga. Sehubungan dengan itu, Majlis Belia Daerah Port Dickson mencadangkan untuk mengadakan Program ‘One Step Forward’....baca selanjutnya
E-PENDAFTARAN KEMASUKAN DARJAH 1 2019
Aktiviti Terkini | 24 Mac 2018Aktiviti ini memberikan tunjuk ajar kepada kaum ibu bapa yang tidak begitu mahir untuk mengisi permohonan darjah satu. Ini mendorong kepada penambahbaikan ibu bapa yang celik IT....baca selanjutnya
JELAJAH SEBENARNYA.MY PORT DICKSON
Aktiviti Terkini | 10 Februari 2018Siri Jelajah Sebenarnya.my adalah anjuran bersama SKMM, Jabatan Penerangan Negeri Sembilan, Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson dengan dibantu oleh beberapa agensi kerajaan dan swasta. Portal SEBENARNYA.MY adalah sebuah pusat sehenti bagi rakyat Malaysia untuk menyemak sebelum berkongsi berita yang tidak ditentukan kesahihannya, yang diterima secara dalam talian melalui platform media sosial, perkhidmatan mesej segera, blog, laman sesawang, dan lain-lain....baca selanjutnya
PENJADUALAN KELAS 2018
Aktiviti Terkini | 27 Januari 2018Program ini bertujuan untuk berbincang mengenai kelas ICT khas untuk adik-adik kg paya untuk memudahkan kedua-dua pihak, selain turut menyediakan pertandingan membuat jadual paling menarik, slot pengenalan computer dan slot Klik Dengan Bijak...baca selanjutnya