TAKLIMAT MYFUTUREJOBS ANJURAN PEJABAT PERKESO NEGERI SEMBILAN

Aktiviti terkini |26 Ogos 2023

Tempat Aktiviti:
PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDi) KG PAYA

Ringkasan Aktiviti:
• Taklimat mengenai pendaftaran dan kebolehpasaran portal MyFutureJobs
• Turut menyediakan ruang bagi menjawab soalan yang berkaitan servis PERKESO
• Taklimat ringkas Klik Dengan Bijak dan Kelas Usahawan dari PEDi

Tujuan Aktiviti :
• Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dengan kerjasama Pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) bekerjasama untuk menjalankan program taklimat dan kebolehpasaran portalMyFutureJobs turut ada, Taklimat Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri dan Inisiatif Program Pasaran Buruh Aktif (Bajet 2023) di 32 Pusat Ekonomi Digital (PEDi).
• Program ini merupakan kesinambungan kepada projek rintis yang telah dijalankan pada tahun sebelumnya dengan mensasarkan permulaan program Julai sehingga Disember 2023.
• Program ini adalah untuk menyokong usaha-usaha meningkatkan kadar kebolehpasaran serta keselamatan pekerjaan dikalangan komuniti PEDi sejajar dengan agenda Malaysia Madani.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Koordinasi pelaksanaan dan promosi program berkenaan dikalangan
• komuniti : Sebaran Poster.
• Mendapatkan peserta daripada kalangan PEDi untuk Temuduga Terbuka tersebut.
• Memastikan rangkaian internet dan kemudahan lain di PEDi berada di tahap optimum dan stabil bagi kelancaran program
• Peserta perlu hadir ke PEDi untuk sesi taklimat MyFuturejob
• Imbas kehadiran
• Taklimat MyFutureJob ; cara memilih kerja bersesuaian, resume dan tips.
• Membuka akaun MyFutureJob
• Sesi Soal Jawab
• Taklimat ringkas Klik dengan Bijak dan Kelas Usahawan dari kakitangan PEDi

Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Program ini adalah untuk menyokong usaha-usaha meningkatkan kadar kebolehpasaran serta keselamatan pekerjaan dikalangan komuniti PEDi dan berdekatan.
• Program ini juga membantu setiap peserta memiliki akaun di dalam portal pencarian kerja untuk mendapat kemaskini terkini.

Nama VIP:
• Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :