PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK (KLUSTER PORT DICKSON)

Aktiviti terkini |16 Februari 2023

Tempat Aktiviti:
Kolej Vokasional Port Dickson

Ringkasan Aktiviti:
• Program Klik Dengan Bijak ini dijalankan bersama PEDI kluster Port Dickson (PEDI Kg Paya, PEDI Pekan Lukut, PEDI Linggi dan juga PEDI Si Rusa) di Kolej Vokasional Port Dickson.
• Seramai 651 pelajar terlibat.
• Program ini melibatkan pihak MCMC Negeri Sembilan dan juga pihak Communications & Multimedia Consumer Forum of Malaysia (CFM).
• Tajuk yang diberikan adalah sangat dekat dengan para pelajar iaitu jenayah siber dan juga buli siber.
• Secara tidak sedar, isu ini sering dilakukan oleh pelajar terhadap kawan mereka tanpa mereka sedari.
• Isu seperti ini perlu diketengahkan lagi kepada mereka agar mereka dapat lihat bahawa kesan terhadap kelakuan tersebut akan memberi kesan yang negatif kepada mangsa yang boleh membawa kepada depression.
• Pihak CFM juga turut memberi sedikit informasi berkaitan dengan online grooming.
• Ini juga adalah untuk memberi kesedaran tentang kanak-kanak serta remaja yang boleh menjadi mangsa kepada online grooming yang tidak asing lagi dalam isu jenayah siber di masa sekarang.
• Di samping itu, program ini juga memberi informasi kepada pelajar agar lebih berhati-hati ketika melayari internet agar tidak menjadi salah satu mangsa terhadap isu-isu ini.
• Juga, secara tidak langsung dapat memberi penerangan tentang tujuan ianya dilakukan dan ditujukan kepada siapa serta cara-cara yang digunakan untuk menarik perhatian mangsa.
• Memberi contoh kes-kes yang berlaku seperti dari segi perbualan dan lain-lain lagi agar pelajar lebih jelas dengan ceramah yang diberikan.

Tujuan Aktiviti :
• Memberikan pendedahan terhadap buli siber, jenayah siber dan juga online grooming kepada pelajar.
• Memberikan kesedaran tentang akibat melakukan isu-isu tersebut.
• Memberikan contoh atau gambaran bagaimana pelajar boleh lakukan jika menjadi mangsa.
• Memberi peluang kepada pelajar agar menjadi masyarakat yang hebat di masa akan datang dengan pendedahan yang diberikan.
• Mempromosi aktiviti PEDi kepada komuniti.
• Melibatkan diri bersama agensi-agensi terkemuka.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program Klik Dengan Bijak ini dijalankan bersama PEDI kluster Port Dickson (PEDI Kg Paya, PEDI Pekan Lukut, PEDI Linggi dan juga PEDI Si Rusa) di Kolej Vokasional Port Dickson.
• Seramai 651 pelajar terlibat.
• Program ini dijuga melibatkan pihak MCMC Negeri Sembilan dan juga pihak CFM.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti:


Nama VIP:


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :