TEMU DUGA TERBUKA PUSAT SATELIT MYFUTUREJOBS ANJURAN PEJABAT PERKESO NEGERI SEMBILAN
Aktiviti terkini |22 Ogos 2023Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digitak Kg Paya
Ringkasan Aktiviti:
• Penganjuran Program Inisiatif Pusat Satelit MyFutureJobs oleh pihak
• PERKESO telah menjalankan aktiviti berikut;
• Program temuduga, pendaftaran dan kebolehpasaran portal MyFutureJobs
• Program Temuduga terbuka ini memfokuskan kepada Majikan di sekitar Port Dickson, dan peluang pekerjaan khasnya penduduk Port Dickson dan berdekatan.
Tujuan Aktiviti :
• Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dengan kerjasama Pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) bekerjasama untuk menjalankan program temuduga terbuka dan kebolehpasaran portalMyFutureJobs dengan menempatkan majikan di kawasan PEDi terpilih untuk mengadakan temuduga terbuka di PEDi.
• Program ini merupakan kesinambungan kepada projek rintis yang telah dijalankan pada tahun sebelumnya dengan mensasarkan permulaan program Julai sehingga Disember 2023.
• Program ini adalah untuk menyokong usaha-usaha meningkatkan kadar kebolehpasaran serta keselamatan pekerjaan dikalangan komuniti PEDi sejajar dengan agenda Malaysia Madani.
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Koordinasi pelaksanaan dan promosi program berkenaan dikalangan komuniti : Sebaran Poster.
• Mendapatkan peserta daripada kalangan PEDi untuk Temuduga Terbuka tersebut.
• Memastikan rangkaian internet dan kemudahan lain di PEDi berada di tahap optimum dan stabil bagi kelancaran program
• Peserta perlu hadir ke PEDi untuk sesi temuduga terbuka
• Imbas kehadiran
• Isi borang pekerjaan (majikan yang terlibat)
• Hadiri temuduga bersama wakil majikan
• dapatkan khidmat nasihat dari kakitangan PERKESO
Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Program ini adalah untuk menyokong usaha-usaha meningkatkan kadar kebolehpasaran serta keselamatan pekerjaan di kalangan komuniti setempat serta membantu komuniti setempat menghadiri temuduga tanpa perlu ke lokasi yang jauh.
Nama VIP:
• Tiada
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :