PROGRAM CAKNA TEKNOLOGI : PEDI KG PAYA & PEDI RANTAU X BENGKEL SERI SEMBILAN

Aktiviti terkini |4 Julai 2023

Tempat Aktiviti:
Bilik Mesyuarat Bengkel Seri Sembilan

Ringkasan Aktiviti:
• Bengkel Seri Sembilan beroperasi sejak 1977, ia ditubuhkan bagi menyediakan peluang untuk golongan OKU mendapat latihan kemahiran bagi membolehkan mereka bekerja di Bengkel itu kemudiannya dan memperolehi pendapatan.
• Pekerjaan yang ditawarkan antaranya mencetak dan melipat sampul surat, pertanian, penternakan dan menjahit.
• Atas permintaan, bersesuaian dengan golongan OKU, PEDi dan Bengkel Seri Sembilan memilih Aplikasi canva bagi mempelajari cara mudah bagi membuat beberapa hasil kerja yang melibat promosi serta pemasaran.
• Selain itu, media sosial turut dipilih bagi membolehkan organisasi tersebut lebih dikenali ramai dan mempunyai lebih banyak peluang dalam menjana pendapatan.
• Program ini diharapkan dapat meningkatkan tahap pengetahuan teknologi tanpa meminggirkan sebarang golongan serta peningkatan sosio ekonomi setempat.
• Semoga dengan adanya program sebegini dapat mewujudkan satu perspektif yang lebih baik dari kalangan komuniti terhadap PEDi dan mewujudkan organisasi yang mampu memberikan pendapatan melalui program keusahawanan sesuai dengan arus perdana.

Tujuan Aktiviti :
• Memberikan pendedahan terhadap aplikasi mudah untuk penyebaran maklumat
• Memberikan idea untuk kemudahan teknologi sebagai sumber pemasaran
• Meningkatkan taraf ekonomi secara bersemuka dan atas talian.
• Mempromosi aktiviti PEDi kepada komuniti.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program ini dijangkakan bermula pada pukul 9.00 Pagi – 5.00 petang
• Tenaga pengajar terdiri daripada 3 orang kakitangan PEDi Kg Paya dan PEDi Pekan Rantau
• Pelajar terdiri daripada pelajar dan pekerja Bengkel Seri Sembilan
• Maksimum 10 orang pelajar.
• Lokasi di bilik Mesyuarat Bengkel Seri Sembilan

Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Mempelajari Aplikasi Canva dengan mudah
• Menaiktaraf Media Sosial Organisasi

Nama VIP:
• Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :