PROGRAM PENGEDARAN SIM KAD PAKEJ REMAJA

Aktiviti terkini |12 April 2023

Tempat Aktiviti:
Dewan Orang Ramai, Sikamat, Seremban

Ringkasan Aktiviti:
• Program ini dijalankan bersama kesemua PEDI Negeri Sembilan yang dianjurkan oleh pihak MCMC serta pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.Seramai 141 pelajar terlibat dalam penerimaan simkad secara percuma.
• Selain daripada pelajar menerima simkad, pelajar lain juga turut hadir untuk menerima sumbangan raya daripada pihak Menteri Besar Negeri Sembilan.
• Pelajar yang menerima kebanyakannya adalah daripada anak-anak ASNAF yang datangnya daripada sekolah di daerah Seremban sekaligus program berbuka puasa bersama Menteri Besar Negeri Sembilan.
• Di samping itu, kami turut mengedarkan risalah dan menerangkan serba sedikit berkenaan dengan KLIK DENGAN BIJAK kepada pelajar seperti jenayah siber, dan juga buli siber.
• Isu seperti ini perlu diketengahkan lagi kepada mereka agar mereka dapat lihat bahawa kesan terhadap kelakuan tersebut akan memberi kesan yang negatif kepada mangsa yang boleh membawa kepada depression dan mengelakkan diri menjadi mangsa kepada permasalahan yang berlaku ini di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah.

Tujuan Aktiviti :
• Meningkatkan pengetahuan pelajar tentang klik dengan bijak khususnya buli siber dan jenayah siber.
• Menggalakkan penggunaan peralatan ICT dengan bijak dalam kalangan peserta.
• Mengeratkan lagi hubungan di antara komuniti.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program ini akan dijalankan di Dewan Orang Ramai, Sikamat, Seremban pada 912 April 2023, bermula pada jam 4.00 petang sehingga 8.00 malam.
• Program ini disertai oleh pihak MCMC, JPNS, PPD dan juga beberapa buah sekolah di sekitar Seremban.
• Mempromosi aktiviti PEDi kepada komuniti.
• Melibatkan diri bersama agensi-agensi terkemuka.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti:


Nama VIP:
• Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Negeri Sembilan
• YAB DATO' SERI HAJI AMINUDDIN BIN HARUN (Menteri Besar Negeri Sembilan)
• Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS)
• Pejabat Pendidikan Daerah Seremban

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :