PROGRAM CELIK IT ( SUNTINGAN VIDEO ) BERSAMA KELAB WARGA EMAS KLINIK KESIHATAN PORT DICKSON

Aktiviti terkini |9 Mac 2023

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Kg Paya

Ringkasan Aktiviti:
• Wakil daripada Kelab Warga Emas Klinik Kesihatan Port Dickson telah menjemput petugas PEDi Kampung Paya dan PEDi Pekan Lukut untuk mengadakan program bersama ahli kelab tersebut.
• Tujuan program adalah untuk membantu ahli kelab agar mereka tidak ketinggalan dalam perkembangan teknologi zaman kini.
• Adalah menjadi fokus petugas PEDi dalam menyediakan latihan kepada komuniti setempat untuk memastikan tiada sesiapa ketinggalan dalam menggunakan kemudahan ICT.

Tujuan Aktiviti :
• Meningkatkan pengetahuan komuniti setempat berkenaan program dan kelas yang disediakan oleh petugas PEDi.
• Membantu peserta untuk lebih arif dalam menggunakan peralatan teknologi seperti telefon bimbit dan komputer.
• Menggalakkan penggunaan peralatan ICT dengan bijak dalam kalangan peserta.
• Mengajar peserta cara untuk menggunakan aplikasi yang terdapat dalam computer dan telefon bimbit dengan betul.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program ini akan dijalankan di PEDi Kampung Paya pada 9 Mac 2023, bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 1.00 tengahari.
• Program ini disertai oleh ahli Kelab Warga Emas Klinik Kesihatan Port Dickson, dengan peserta seramai 9 orang.
• Setiap peserta akan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM10 seorang.
• Program pada hari tersebut dijadikan sebagai kelas pengenalan kepada peserta untuk menarik mereka untuk menyertai program dan kelas PEDi pada masa akan datang.
• Untuk program ini, petugas akan mengajar peserta cara untuk membuat suntingan video menggunakan aplikasi CapCut.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti:


Nama VIP:


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :