KDB vs FROG VLE

Aktiviti terkini | 17 Mac 2017

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet 1Malaysia Kg Paya

Tujuan :
Selaras dengan dasar kerajaan membudayakan penggunaan laman pembelajaran Frog VLE dalam kalangan murid maka adalah diharapkan program ini dapat membantu murid-murid yang tiada talian internet di rumah dapat log in dan menyiapkan tugasan yang guru-guru kongsikan menerusi Pusat Internet 1Malaysia sebagai pusat sehenti mereka mendapatkan khidmat talian internet. Diharapkan program yang terancang dapat dimanfaatkan oleh murid-murid yang tinggal berdekatan/sekitar premis PI1M ini.

Matlamat :
• Mengurangkan kebergantungan murid-murid terhadap keupayaan makmal sedia ada di sekolah yang tertakluk dengan sistem penjadualan yang tetap.
• Membantu sekolah berdekatan mengatasi masalah ketidakupayaan murid menyiapkan tugasan yang diberi yang tidak dapat diakses sepenuhnya di sekolah disebabkan sistem penjadualan penggunaan makmal.
• Memberi pendedahan kepada ibu bapa, murid-murid malah kepada pihak sekolah mengenai wujudnya PI1M yang boleh digunakan oleh murid-murid dan komuniti setempat dan tentang fungsi premis berkenaan dalam komuniti setempat.
• Memberi peluang kepada murid-murid untuk menggunakan masa yang ada dengan mendapatkan faedah dari PI1M yang merangkakan banyak aktiviti untuk memenuhi waktu mereka.
• Dapat membangunkan lebih ramai komuniti remaja yang celik IT dengan program-program yang disediakan di PI1M tersebut.

Objektif :
Pada akhirnya nanti adalah diharapkan menerusi program kolaboratif yang dirangka ini, murid-murid yang tinggal berdekatan dengan PI1M ini dapat:
• Memperoleh ilmu pengetahuan dan berkemahiran dengan IT sebagai meneruskan kehidupan dalam dunia yang bertunjangkan digital.
• Menggunakan masa mereka dengan aktiviti yang sebaiknya dan berfaedah.
• Mempelajari lebih banyak aktiviti berkaitan IT kerana program yang dijalankan semuanya menjurus ke arah persediaan mereka menghadapi dunia digital dari peringkat asas.
• Berinteraksi secara aktif bersama rakan-rakan pelajar lain dengan mewujudkan suatu komuniti maya dalam kalangan mereka (laman VLE Frog).

Perlaksanaan Aktiviti Utama :


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :