PROGRAM JOMSTUDI

Aktiviti terkini | 24 Februari 2019

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Kampung Paya

Ringkasan Aktiviti :
Program JomStudi ini bertujuan untuk memberi pendidikan berkualiti secara digital kepada kawasan luar bandar khususnya penduduk disekitar Kg.Paya. Digi dengan kerjasama Astro, Media Prima dan disokong oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah melancarkan JomStudi. JomStudi berkonsepkan maklum balas kepada perubahan dalam landskap pembelajaran yang menyaksikan internet berfungsi sebagai alat utama untuk pelajar mendapatkan maklumat. Menerusi JomStudi, pelajar akan mempunyai akses mudah, bila-bila masa, dan di mana sahaja untuk kandungan pendidikan berkualiti yang mematuhi sukatan pelajaran ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran ditawarkan oleh Tutor TV Astro dan latihan berlandaskan peperiksaan, Media Prima, FullAMark..

Tujuan :
• Mewujudkan komuniti yang celik IT.
• Memberikan peluang sama rata dengan adanya kemahiran dan pengetahuan yang betul untuk mengharungi masa hadapan berlandaskan digital.
• Menyediakan kandungan pendidikan berkualiti untuk ditawarkan kepada pelajar, terutamanya bagi mereka yang mendiami kawasan luar bandar.


Kelebihan :
• Mendedahkan pelajar dengan pembelajaran secara digital.
• Mempromosi aktiviti PI kepada komuniti tempatan.
• Menarik minat pelajar untuk mengunjungi PI.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :